Kami, pelajar-pelajar Melayu yang dijemput ke Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:
SEDAR : Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR : Akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR : Atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR : Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kami
BERPENDAPAT, bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
LAGU GPMS
Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu Setelah menempuh halangan Bahagia hendaknya memimpin pelajar Bagi Ibu kandungan
Kekal berpanjangan khidmat mulia Dengan tulus dan setia Cekal bersatu lambang kita Menuntut hingga berjaya